RESIPI GULAI KERISIK TONGKOL
Bahan-bahan untuk ikan
1 ekor ikan tongkol (kira-kira 600 gram)
1 keping asam gelugur
2 cm x 2 cm halia, dikupas dan ditumbuk kasar-kasar
3 ulas bawang merah, dikupas dan ditumbuk kasar-kasar
1 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk kasar-kasar
Air untuk merebus ikan
Bahan-bahan untuk lauk
2 biji bawang besar, dikupas dan dihiris
3 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris
2 cm x 2 cm lengkuas, dikupas dan dihiris
2 cm x 2 cm halia, dikupas dan dihiris
2 cm x 2 cm kunyit, dikupas dan dihiris
15 tangkai cili kering, direndam dalam air panas sehingga
lembut dan dituskan
125 ml air
75 ml minyak masak
1 batang serai, dititik
2 sudu besar ketumbar serbuk
½ sudu teh jintan putih serbuk
60 ml air
1 biji kelapa parut, diramas dengan 700 ml air dan diperah
santannya
2 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugur
2 tangkai cili hijau, dibelah dua
2 tangkai cili merah, dibelah dua
1 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
Cara menyediakan ikan
1. Siang ikan dan potong ikut suka. Cuci dengan air bergaram
dan tuskan.
2. Bubuh ikan, asam gelugur dan bahan tumbuk ke dalam
periuk. Masukkan air sekadar cukup menenggelamkan ikan.
3. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih. Kecilkan
api dan renihkan selama 5 minit. Angkat ikan dan tuskan. Buang air rebusan.
Cara memasak lauk
1. Bubuh bawang besar, bawang putih, lengkuas, halia,
kunyit, cili kering dan 125 ml air ke dalam jag mesin pengisar. Kisar sehingga
halus dan pekat. Tambah sedikit air jika perlu untuk menggerakkan mesin. Tuang
bahan kisar ke dalam mangkuk.
2. Panaskan minyak masak di dalam periuk di atas api
sederhana. Tumis bahan kisar dan serai selama 3 minit. Masukkan ketumbar dan
jintan putih serbuk bersama 60 ml air dan kacau hingga pecah minyak dan naik
baunya (kira-kira 15 minit).
3. Masukkan santan, kerisik dan asam gelugur. Kacau
rata-rata dan masak sehingga mendidih. Kecilkan api dan tambah ikan yang sudah
direbus bersama cili merah dan hijau. Didihkan lagi, masukkan gula pasir dan
perasakan dengan garam. Padamkan api.
4. Hidang lauk dengan nasi putih atau nasi lemak.
Kredit : Beritaharian.sg
6:16 PM | Labels: Resipi | 0 Comments
RESIPI WAJIK KERISIK
Bahan
250 g pulut
gula merah
santan
daun pandan
kerisik
Cara
- Bersihkan pulut kemudian toskan hingga kering. Kemundian sangai atau goreng tanpa minyak hingga pulut tu bertukar warna keperangan. Tunggu sejuk, kisar pulut td tp jgn halus sangat.ketepikan dulu.
- Masak gula merah/kabung hingga gula larut, masukkan santan dan simpulan daun pandan. Masak hingga gula dan santan ni pekat dan 'tua'.
- Asingkan 2 sudu besar pulut kisar ni dan masukkan pula pulut yg selebihnya, kacau, dan akhir sekali masukkan kerisik. Sentiasa kacau dgn api perlahan. Aku x kacau lama sgt pun, x larat, lg pun buat sikit utk sekali makan je. Kalau buat byk n niat nk simpan lama kena kacau lama sikit supaya kuih ni tahan lama.
- Pulut yg kita asing td tu tabur kt atas wajik kerisik kita sbg hiasan..aku ikut je..org tua2 dulu buat.
Kredit : Not My Recipe
1:29 AM | Labels: Resipi | 0 Comments
RESIPI SAMBAL UDANG KERISIK
Bahan-bahannya
½ kg. udang (saiz xl atau xxl) -
dipotong kepala dan ekornya
*1 sudu besar serbuk cili
*1 sudu besar sos tiram
*1 susu besar kicap manis
*1 sudu besar gula perang
1 – 2 biji bawang besar – dipotong
bulat
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan perapan udang*
Bahan-bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
1 biji bawang besar – dihiris
1 batang serai dititik
2 tangkai daun kari - dilurut
daunnya
Bahan-bahan dikisar
3 senduk nasi cili kering yang
telah dikisar
1 biji bawang besar saiz besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya.
Cara-cara Memasak
1.
Gaulkan udang dengan serbuk cili, kicap manis, gula perang, dan sos
tiram. Perapkan selama ½ jam. Kemudian digoreng sehingga 1/2 masak.
2. Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan-bahan tumis (kulit kayu manis, serai, hirisan bawang besar, dan
daun kari). Tumis sehingga naik bau dan bawang kekuningan.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan
kisar tadi dan kacau rata. Gunakan api sederhana dan masak sehingga terbit
minyak/cili garing.
4. Selepas cili garing, tambahkan
2 cawan air. Perasakan dengan garam dan gula putih. Masak sehingga kuah
mendidih.
5. Kemudian bolehlah dimasukkan
udang yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Masukkan kerisik dan masak lagi
di atas dapur sehingga bergaul rata.
6. Akhir sekali masukkan bawang
besar yang dipotong bulat. Kacau rata, dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit : Sajian Dapur Bonda
1:27 AM | Labels: Resipi | 0 Comments
RESIPI UDANG KERISIK GULUNG
Bahan-bahan
Tepung gandum
Mentega
Udang
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Daun kari
Kerisik
Cara-cara penyediaan
1. Uli tepung gandum bersama
mentega. Letak air dan garam.
2. Tumis cili kering bersama
bawang yang dikisar dengan daun kari. Setelah naik bau,masukkan kerisik.
3. Udang digoreng kemudian
dicampurkan dengan bahan tumisan tadi.
4. Doh dicanai, letakkan inti
ditengah-tengah. Gulungkan. Sapukan kuning telur di atasnya. Bakar selama 15
minit.
Kredit : Astro Gempak
1:24 AM | Labels: Resipi | 0 Comments
RESEPI AYAM KICAP BEREMPAH DAN BERKERISIK
Bahan-Bahan
1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut
suka dan dicuci bersih)
1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
1 sudu makan cili kisar/cili giling
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis atau
secukupnya
sedikit kicap manis (LiNa Pg gn kicap
mee Tamin)
sedikit hirisan daun sup (LiNa Pg
xletak tadak stok)
sedikit madu/gula dan garam
sedikit air asam jawa (LiNa Pg gn 4
asam keping)
rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih,
bunga lawang dan buah pelaga)
3 sudu makan kerisik (LiNa Pg gn 1
paket kecil 40g)
Bahan-Bahan Kisar
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia (LiNa Pg xletak tadak
stok)
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
Cara-cara
- Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan 1 sudu makan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam.
- Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan kicap pekat dan kacau sebati.
- Kemudian masukkan ayam dan kerisik. Gaulkan rata-rata.
- Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
- Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api.
- Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!
Kredit : Linapg
12:24 AM | Labels: Resipi | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)