RESIPI SERUNDING JANTUNG PISANG


Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
20 g (3 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih ditumbuk halus
3 g (4 biji) cili kering tanpa tangkai dan biji      
20 g (2 sudu makan) udang kering
1/2 kg (1 biji) jantung pisang
10 g (1 sudu makan) kelapa parut, untuk kerisik
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
3 g (1/2 sudu teh) garam
3 g (1/2 sudu teh) gula

Cara memasak 
  1. Jantung pisang dibersihkan, dibuang kulitnya yang tua. Belah dua dan dihiris halus.
  2. Ramaskan dengan garam sehingga lembut (kira-kira 5 minit). Basuh dan toskan.
  3. Panaskan minyak di kuali dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk halus sehingga naik bau. (Disyorkan menggunakan kuali yang tidak melekat)
  4. Masukkan jantung pisang dan kacau hingga sedikit kering. Masukkan kerisik, garam dan gula.
  5. Kacau lagi sehingga betul-betul garing, angkat dan hidangkan.
Kredit : Nutriweb


RESIPI AYAQ ASAM DENGAN KERISIK


Bahan-bahan 
5 biji cili merah - kalau nak pedas lagi, tambah jek ler. 2 biji tumbuk, 3 bijik dihiris
Belacan sebesar ibu jari
2 biji bawang besar - dimayang
2 biji tomato - dihiris nipis
1 sudu kecil pes asam jawa pekat
1 biji lime atau 3 biji limau kasturi - diperah untuk ambil airnya sahaja
1 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air panas

Kekdahnya
Tumbukkan 2 biji cili merah bersama belacan
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau rata.
Perlu balance masam, manis dan pedas.

Kalau suka, boleh je masukkan cili padi untuk lebih kick.

Kredit : e-tho-anoi

RESIPI LAKSA JOHOR

                

Bahan-bahan
Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan(dicampurkan dengan sedikit santan cair)

Bahan-bahan yang perlu dikisar halus
15 ulas bawang merah
5 ulas bawah putih
3 inci lengkuas

Bahan-bahan yang perlu dikisar (A)
3 batang serai
300 gm udang kering

Bahan yang perlu dibakar dan dikisar (B)
150 gm ikan kurau kering

Bahan (C)
Kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa

Cara menyediakan
• Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
• Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
• Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
• Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap

Untuk Ulam
Taugeh
Daun kesom & daun selasih
Lobak asin
Sambal belacan
Timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus (bukan seperti buat laksa asam)
Limau kasturi

Kredit : Puspanita@JPN

RESIPI GULAI KERISIK TONGKOL


Bahan-bahan untuk ikan
1 ekor ikan tongkol (kira-kira 600 gram)
1 keping asam gelugur
2 cm x 2 cm halia, dikupas dan ditumbuk kasar-kasar
3 ulas bawang merah, dikupas dan ditumbuk kasar-kasar
1 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk kasar-kasar
Air untuk merebus ikan

Bahan-bahan untuk lauk
2 biji bawang besar, dikupas dan dihiris
3 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris
2 cm x 2 cm lengkuas, dikupas dan dihiris
2 cm x 2 cm halia, dikupas dan dihiris
2 cm x 2 cm kunyit, dikupas dan dihiris
15 tangkai cili kering, direndam dalam air panas sehingga lembut dan dituskan
125 ml air
75 ml minyak masak
1 batang serai, dititik
2 sudu besar ketumbar serbuk
½ sudu teh jintan putih serbuk
60 ml air
1 biji kelapa parut, diramas dengan 700 ml air dan diperah santannya
2 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugur
2 tangkai cili hijau, dibelah dua
2 tangkai cili merah, dibelah dua
1 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa

Cara menyediakan ikan

1. Siang ikan dan potong ikut suka. Cuci dengan air bergaram dan tuskan.

2. Bubuh ikan, asam gelugur dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Masukkan air sekadar cukup menenggelamkan ikan.

3. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih. Kecilkan api dan renihkan selama 5 minit. Angkat ikan dan tuskan. Buang air rebusan.

Cara memasak lauk

1. Bubuh bawang besar, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit, cili kering dan 125 ml air ke dalam jag mesin pengisar. Kisar sehingga halus dan pekat. Tambah sedikit air jika perlu untuk menggerakkan mesin. Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk.

2. Panaskan minyak masak di dalam periuk di atas api sederhana. Tumis bahan kisar dan serai selama 3 minit. Masukkan ketumbar dan jintan putih serbuk bersama 60 ml air dan kacau hingga pecah minyak dan naik baunya (kira-kira 15 minit).

3. Masukkan santan, kerisik dan asam gelugur. Kacau rata-rata dan masak sehingga mendidih. Kecilkan api dan tambah ikan yang sudah direbus bersama cili merah dan hijau. Didihkan lagi, masukkan gula pasir dan perasakan dengan garam. Padamkan api.

4. Hidang lauk dengan nasi putih atau nasi lemak.


Kredit : Beritaharian.sg

RESIPI WAJIK KERISIK


Bahan 
250 g pulut
gula merah
santan
daun pandan
kerisik


Cara 
  1. Bersihkan pulut kemudian toskan hingga kering. Kemundian sangai atau goreng tanpa minyak hingga pulut tu bertukar warna keperangan. Tunggu sejuk, kisar pulut td tp jgn halus sangat.ketepikan dulu.
  2. Masak gula merah/kabung hingga gula larut, masukkan santan dan simpulan daun pandan. Masak hingga gula dan santan ni pekat dan 'tua'.
  3. Asingkan 2 sudu besar pulut kisar ni dan masukkan pula pulut yg selebihnya, kacau, dan akhir sekali masukkan kerisik. Sentiasa kacau dgn api perlahan. Aku x kacau lama sgt pun, x larat, lg pun buat sikit utk sekali makan je. Kalau buat byk n niat nk simpan lama kena kacau lama sikit supaya kuih ni tahan lama.
  4. Pulut yg kita asing td tu tabur kt atas wajik kerisik kita sbg hiasan..aku ikut je..org tua2 dulu buat.
Kredit : Not My Recipe


RESIPI SAMBAL UDANG KERISIK


Bahan-bahannya
½ kg. udang (saiz xl atau xxl) - dipotong kepala dan ekornya
*1 sudu besar serbuk cili
*1 sudu besar sos tiram
*1 susu besar kicap manis
*1 sudu besar gula perang
1 – 2 biji bawang besar – dipotong bulat
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan perapan udang*
Bahan-bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
1 biji bawang besar – dihiris
1 batang serai dititik
2 tangkai daun kari - dilurut daunnya

Bahan-bahan dikisar
3 senduk nasi cili kering yang telah dikisar
1 biji bawang besar saiz besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya.

Cara-cara Memasak
1.  Gaulkan udang dengan serbuk cili, kicap manis, gula perang, dan sos tiram. Perapkan selama ½ jam. Kemudian digoreng sehingga 1/2 masak.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan tumis (kulit kayu manis, serai, hirisan bawang besar, dan daun kari). Tumis sehingga naik bau dan bawang kekuningan.

3. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi dan kacau rata. Gunakan api sederhana dan masak sehingga terbit minyak/cili garing.

4. Selepas cili garing, tambahkan 2 cawan air. Perasakan dengan garam dan gula putih. Masak sehingga kuah mendidih.

5. Kemudian bolehlah dimasukkan udang yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Masukkan kerisik dan masak lagi di atas dapur sehingga bergaul rata.


6. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau rata, dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit : Sajian Dapur Bonda

RESIPI UDANG KERISIK GULUNG


Bahan-bahan 
Tepung gandum
Mentega
Udang
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Daun kari
Kerisik

Cara-cara penyediaan 
1. Uli tepung gandum bersama mentega. Letak air dan garam.
2. Tumis cili kering bersama bawang yang dikisar dengan daun kari. Setelah naik bau,masukkan kerisik.
3. Udang digoreng kemudian dicampurkan dengan bahan tumisan tadi.
4. Doh dicanai, letakkan inti ditengah-tengah. Gulungkan. Sapukan kuning telur di atasnya. Bakar selama 15 minit.

Kredit : Astro Gempak

RESEPI AYAM KICAP BEREMPAH DAN BERKERISIK


Bahan-Bahan 

1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka dan dicuci bersih)
1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
1 sudu makan cili kisar/cili giling
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis atau secukupnya
sedikit kicap manis (LiNa Pg gn kicap mee Tamin)
sedikit hirisan daun sup (LiNa Pg xletak tadak stok)
sedikit madu/gula dan garam
sedikit air asam jawa (LiNa Pg gn 4 asam keping)
rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
3 sudu makan kerisik (LiNa Pg gn 1 paket kecil 40g)

Bahan-Bahan Kisar 
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia (LiNa Pg xletak tadak stok)
1/2 inci lengkuas
1 batang serai

Cara-cara 
  • Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan 1 sudu makan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam.
  • Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan kicap pekat dan kacau sebati.
  • Kemudian masukkan ayam dan kerisik. Gaulkan rata-rata.
  • Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
  • Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. 
  • Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!
Kredit : Linapg


RESIPI ASAM PEDAS KERISIK


BAHAN-BAHANNYA
500 gram ikan pari, perap dengan jus limau nipis + garam = 10 minit, cuci bersih dan toskan
Sawi jeruk secukupnya, yang ni agak2
1/2 jus asam jawa
1 camca besar penuh kerisik
3/4 cawan cili kisar
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa (@serbuk perasa)
Air secukupnya
Segenggam daun kesom

BAHAN KISAR HALUS
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 keping nipis hirisan lengkuas
3 biji buah keras
Secubit belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah/putih hiris hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan air secukupnya dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan, sawi jeruk, daun kesom dan juga kerisik, kacau perlahan. Masukkan jus asam jawa. Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan serbuk perasa jika suka. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.
Kredit : Tiffinbiru

RESIPI PAJERI TERUNG

Bahan-Bahan:

  • 3 biji terung panjang (sederhana kecil)
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air menjadi pes)
  • 1 sudu besar kerisik
  • Rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga)
Bahan untuk dikisar halus:
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 cm halia
  • 1 sudu besar udang kering

Cara Penyediaan:

  1. Potong terung memanjang bersaiz lebih kurang sejengkal.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dijadikan pes. Masak hungga pecah minyak.
  3. Masukkan terung, kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedkit gula kerana pajeri adalah kari terung yang berkuah lemak manis.
Kredit : iResipi

RESIPI NASI DAGING UTARA BERSAMA AIR ASAM KERISIK


Bahan-bahan:

Nasi Daging
1. Daging 1kg
2. Bawang Besar 1 labu
3. Bawang merah 5 biji
4. Bawang putih 3 ulas
5. Halia 1 inci
6. Beras 3 pot
7. Bunga lawang 2 kuntum
8. Cengkih 3 - 4 biji
9. Kulit kayu manis 1 batang
10. Marjerin - 3 sudu besar
11. Garam
12. Daun pandan
13. Tomato Puree - 1 sudu

Dalca ayam dan daging
1. Bawang Besar 1 labu
2. Bawang merah 3 biji
4. Bawang putih 3 ulas
5. Halia 1 inci
6. Air asam jawa 1 cawan
7. Terung 1 biji -dipotong
8. Carrot 1 biji -dipotong
9. Ubi kentang 1 biji - dipotong
10. Kacang panjang 3 - 4 batang - dipotong
11. Kacang dal 200g
12. Serbuk kari daging 1 peket kecil
13. Serbuk cili 2 sudu
14. Bunga lawang 2 kuntum
15. Cengkih 3 - 4 biji
16. Kulit kayu manis 1 batang
17. Kas-kas 2 sudu kecil
18. Garam
19. Gula

Air asam kerisik
1. Tomato 1 biji -dipotong dadu
2. Cili merah 2-3 biji
3. Cili api 1 biji
4. Kerisik 200g
5. Air asam jawa 1/2 cawan
6. Belacan 50g
7. Garam
8. Gula
9. Bawang besar - dipotong dadu
------------------------------------------------------------------------------------------

Cara - cara

 Nasi Daging
1. Rebus daging hingga empuk.
2. Basuh beras dan tapis.
3. Tumis kan hirisan bawang putih, bawang besar, bawang merah dan daun pandan dalam marjerin yang telah panas.
4. Apabila naik bau, tumiskan juga bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan tomato puree.
5. Masukkan air rebusan daging tadi dan biarkan mendidih. Masukkan garam supaya nasi ada rasa.
6. Masukkan beras.
7. Masak nasi seperti biasa. (Deeya letak dalam rice cooker. Tumis pon dlm rie cooker gak).
8. Biarkan sehingga nasi masak.
9. Dalam masa yang sama, daging tadi boleh dihiris nipis-nipis untuk dimakan dengan nasi dan air asam nanti..tinggalkan sikit air rebusan daging utk digunakan dalam air asam kerisik nanti.

Dalca ayam dan daging
1. Rendam kacag dal selama semalaman.
2. Tumiskan bawnag putih, bawang merah, bunag lawang, bunga cengkih dan kulis kayu manis hingga naik bau.
3. Tumiskan bancuhan rempah kari dan serbuk cili.
4. Masukkan kacang dal dan air asam jawa, biarkan seketika.
5. Masukkan ayam dan daging yang telah dipotong.
6. Setelah agak masak, masukkan air dan biarkan mendidih.
7. Lemudian masukkan semua sayur yang dah dipotong tadi.
8. Biarkan seketika, masukkan garam dan gula hingga secukupnya.
9. Setlah 5 hingga 10 minit, padamkan api. Sedia dihidang bersama nasi daging..


Air asam kerisik

1. Tumbuk cili api, cili merah, belacan hingga hancur.
2. Masukkan air asam jawa dan air rebusan daging.
3. Masukkan garam, gula dan kerisik. Gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan bawang besar yang telah dipotong dadu..

Kredit : Story By Deeya

RESIPI DAGING KERISIK PEDAS


Bahan-bahan
600 gm daging - dipotong kecil
1 mangkuk besar santan
1/2 biji kelapa parut - dibuat kerisik dan dikisar
3 keping asam gelugur

Bahan-bahan untuk dikisar
150 gm cili kering
8 tangkai cili padi
300 gm bawang merah
1 batang serai
Garam secukupnya

Cara Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan kisar, santan, asam gelugur, kerisik dan daging.
2. Masak di atas api yang perlahan hingga daging empuk.
3. Kacau sesekali agar tidak berkerak.
4. Masukkan pula garam secukup rasa.
5. Jangan biarkan terlalu kering. Angkat dan hidangkan.

Kredit : Saji Online

RESIPI MUDAH KERABU TOMATO KERISIK UTARA


BAHAN-BAHAN 
7-8 biji buah tomato di hiris memanjang (saya guna saiz sedehana kecil saja) *
2 biji bawang ulas dimayang. *
10-15 biji cili padi dihiris halus *
1 paket kecil kerisik
2 camca assam jawa dicampur dengan 5-6 camca air panas untuk dapatkan pati assam jawa yang pekat. (jangan telalu cair nanti berair pula kerabu ni.. tak sedap tau.!!)
1 camca besar belacan dibakar sebentar. (boleh ganti dengan setengah kiub pati ikan bilis)
Garam secukup rasa.


CARA-CARA

- Bahan-bahan yang bertanda * setelah dihiris, letakkan dalam satu bekas.
- Bahan-bahan yang tidak bertanda digaulkan semua dalam satu bekas asing hingga sekata kecuali    garam.
- Setelah itu campurkan bahan bertanda * ke dalam bekas bersama bahan yang telah digaul tadi dan gaulkan semuanya sekali secara perlahan dan masukkan garam secukup rasa.

RESIPI AYAM PERCIK DAN AIR CICAH ASAM KERISIK YANG SEDAP DAN MUDAH


Bahan-bahan
1 ekor ayam
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 batang serai
3 inci kunyit hidup
3 inci lengkuas
2 sudu kecil bijik ketumbar
4 sudu besar cili kering dikisar (kalau nak pedas tambah lagi)
200 ml santan 
1 asam keping
Garam secukupnya

Cara-cara 
1. Cuci ayam dan toskan
2. Kisarkan bawang besar, bawang putih, serai, kunyit hidup, serai, biji ketumbar sampai hancur.
3. Masukkan bahan kisar, cili kering dikisar, santan dan ayam dalam periuk Noxxa
4. Letakkan high pressure cooker selama 2 minit.
5. Keluarkan ayam dan panggang dalam oven. Sementara tu, tukar setting periuk stirfry dan masak kuah ayam percik tadi sehingga pekat. Tutup periuk dan sekali sekala kacau sehingga santan pecah minyak.
6. Sementara ayam dipanggang di dalam oven, ambil kuahnya dan tuang sedikit atas ayam dan terus panggang dalam oven sehingga warna perang keemasan.

Kredit : Qashmere

RESIPI DAGING MASAK KERISIK


Bahan A:-
  • 1 kg daging lembut - potong sebesar 2 inci, cuci dan toskan.
Bahan B:-
  • 15 tangkai cili hidup/cili kering (*ummi guna cili kering)
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah keras
Bahan C:-
  • 2 inci lengkuas - ketuk
  • 1 cawan kerisik
  • 8 sudu besar kicap manis
  • 1/4 cawan air asam
  • daun salam (optional)
  • garam dan gula secukup rasa.
  • 1/2 sudu serbuk ketumbar (*ummi tambah ni utk half bahan)
  • 1/2 sudu serbuk cili kering (*ummi tambah - rasa nak kasi pedas sikit..)
Cara Memasak:-
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali air asam, garam, gula dan kerisek) ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga daging empuk sedikit.
  2. Kemudian masukkan air asam dan kerisek. Gaul rata. Tambah sedikit air jika daging masih kurang empuk.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata dan masaklah hingga kuah agak pekat/kering. Tutup api dan hidangkan.
Kredit : Ummi Zaihadi

RESIPI AYAM MASAK SAMBAL KERISIK


Bahan2
1 ekor ayam - dipotong kecil – QH guna chicken wing
6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai* (*dikisar)
2 ulas bawang besar - dipotong bulat
1 paket kecil kerisik
8 sudu makan cili kisar (kalau xnk pedas sila kurangkan)
1/2 paket kecil serbuk kari Baba's
1 batang lobak merah – dipotong dadu
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya

Caranya
Panaskan minyak. Goreng ayam terlebih dahulu sehingga 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan bahan2 kisar tadi sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar, kacau rata dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan bawang besar, serbuk kari dan kerisik. Kacau rata.
Masukkan lobak merah dan tambahkan sedikit air. Kacau sehingga rata dan biarkan lobak empuk sedikit.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ayam dan kacau sehingga rata. Perasakan lagi sekali jika ok, matikan api.
Siap dan hidingkan dengan nasi panas.


Kredit: QaseyHoney