RESIPI SAMBAL UDANG KERISIK
Bahan-bahannya
½ kg. udang (saiz xl atau xxl) -
dipotong kepala dan ekornya
*1 sudu besar serbuk cili
*1 sudu besar sos tiram
*1 susu besar kicap manis
*1 sudu besar gula perang
1 – 2 biji bawang besar – dipotong
bulat
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan perapan udang*
Bahan-bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
1 biji bawang besar – dihiris
1 batang serai dititik
2 tangkai daun kari - dilurut
daunnya
Bahan-bahan dikisar
3 senduk nasi cili kering yang
telah dikisar
1 biji bawang besar saiz besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya.
Cara-cara Memasak
1.
Gaulkan udang dengan serbuk cili, kicap manis, gula perang, dan sos
tiram. Perapkan selama ½ jam. Kemudian digoreng sehingga 1/2 masak.
2. Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan-bahan tumis (kulit kayu manis, serai, hirisan bawang besar, dan
daun kari). Tumis sehingga naik bau dan bawang kekuningan.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan
kisar tadi dan kacau rata. Gunakan api sederhana dan masak sehingga terbit
minyak/cili garing.
4. Selepas cili garing, tambahkan
2 cawan air. Perasakan dengan garam dan gula putih. Masak sehingga kuah
mendidih.
5. Kemudian bolehlah dimasukkan
udang yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Masukkan kerisik dan masak lagi
di atas dapur sehingga bergaul rata.
6. Akhir sekali masukkan bawang
besar yang dipotong bulat. Kacau rata, dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit : Sajian Dapur Bonda
1:27 AM
|
Labels:
Resipi
|
You can leave a response
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment