RESIPI SERUNDING JANTUNG PISANG
Hidangan untuk 5 orang
Bahan-bahan
20 g (3 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih ditumbuk
halus
3 g (4 biji) cili kering tanpa tangkai dan biji
20 g (2 sudu makan) udang kering
1/2 kg (1 biji) jantung pisang
10 g (1 sudu makan) kelapa parut, untuk kerisik
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
3 g (1/2 sudu teh) garam
3 g (1/2 sudu teh) gula
Cara memasak
- Jantung pisang dibersihkan, dibuang kulitnya yang tua. Belah dua dan dihiris halus.
- Ramaskan dengan garam sehingga lembut (kira-kira 5 minit). Basuh dan toskan.
- Panaskan minyak di kuali dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk halus sehingga naik bau. (Disyorkan menggunakan kuali yang tidak melekat)
- Masukkan jantung pisang dan kacau hingga sedikit kering. Masukkan kerisik, garam dan gula.
- Kacau lagi sehingga betul-betul garing, angkat dan hidangkan.
Kredit : Nutriweb
9:11 PM | Labels: Resipi | 0 Comments
RESIPI AYAQ ASAM DENGAN KERISIK
Bahan-bahan
5 biji cili merah - kalau nak pedas lagi, tambah jek ler. 2
biji tumbuk, 3 bijik dihiris
Belacan sebesar ibu jari
2 biji bawang besar - dimayang
2 biji tomato - dihiris nipis
1 sudu kecil pes asam jawa pekat
1 biji lime atau 3 biji limau kasturi - diperah untuk ambil
airnya sahaja
1 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air panas
Kekdahnya
Tumbukkan 2 biji cili merah bersama belacan
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau rata.
Perlu balance masam, manis dan pedas.
Kalau suka, boleh je masukkan cili padi untuk lebih kick.
Kredit : e-tho-anoi
6:31 PM | Labels: Resipi | 0 Comments
RESIPI LAKSA JOHOR
Bahan-bahan
Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan(dicampurkan dengan
sedikit santan cair)
Bahan-bahan yang perlu dikisar halus
15 ulas bawang merah
5 ulas bawah putih
3 inci lengkuas
Bahan-bahan yang perlu dikisar (A)
3 batang serai
300 gm udang kering
Bahan yang perlu dibakar dan dikisar (B)
150 gm ikan kurau kering
Bahan (C)
Kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa
Cara menyediakan
• Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
• Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi
ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan
kerisik.
• Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
• Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya
lagi sedap
Untuk Ulam
Taugeh
Daun kesom & daun selasih
Lobak asin
Sambal belacan
Timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus (bukan seperti buat laksa asam)
Limau kasturi
Kredit : Puspanita@JPN
6:23 PM | Labels: Resipi | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)