RESIPI ACAR KERISIK

Bahan-bahan
4 biji timun
3 biji lobak merah
5 biji cili hijau
5 biji cili merah
20 ulas bawang merah
20 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan kerisik
10 biji cili kering digiling lumat
Sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
1/2 sudu teh biji sawi
Cuka secukupnya

Cara Membuatnya
1. Lobak merah dibuangkan kulitnya kemudian potong kira-kira satu inci dan dibelahkira-kira setengah inci lebar. Timun dipotong seperti lobak tadi.
2. Halia dimayang halus.
3. Cili merah dan cili hijau dibelah empat.
4. Bawang merah dan bawang putih dibuangkan kulitnya. Mayang halus separuh daripada bawang putih itu.
5. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bawang putih, cili kering, serbuk kunyit, biji sawi, kerisik dan cuka. Balik-balikkan hingga kuning dan naik bau.
6. Masukkan sedikit air, gula dan garam - biarkan hingga mendidih.
7. Masukkan lobak, timun, halia, bawang putih dan bawang merah yang dibuang kuliynya tadi dan balik-balikkan.
8. Tutup periuk dan biarkan bahan-bahan itu empuk.

9. Kemudian boleh diangkat untuk dihidangkan.

Kredit : Resipi.net

RESIPI SERUNDING JANTUNG PISANG


Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
20 g (3 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih ditumbuk halus
3 g (4 biji) cili kering tanpa tangkai dan biji      
20 g (2 sudu makan) udang kering
1/2 kg (1 biji) jantung pisang
10 g (1 sudu makan) kelapa parut, untuk kerisik
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
3 g (1/2 sudu teh) garam
3 g (1/2 sudu teh) gula

Cara memasak 
  1. Jantung pisang dibersihkan, dibuang kulitnya yang tua. Belah dua dan dihiris halus.
  2. Ramaskan dengan garam sehingga lembut (kira-kira 5 minit). Basuh dan toskan.
  3. Panaskan minyak di kuali dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk halus sehingga naik bau. (Disyorkan menggunakan kuali yang tidak melekat)
  4. Masukkan jantung pisang dan kacau hingga sedikit kering. Masukkan kerisik, garam dan gula.
  5. Kacau lagi sehingga betul-betul garing, angkat dan hidangkan.
Kredit : Nutriweb


RESIPI AYAQ ASAM DENGAN KERISIK


Bahan-bahan 
5 biji cili merah - kalau nak pedas lagi, tambah jek ler. 2 biji tumbuk, 3 bijik dihiris
Belacan sebesar ibu jari
2 biji bawang besar - dimayang
2 biji tomato - dihiris nipis
1 sudu kecil pes asam jawa pekat
1 biji lime atau 3 biji limau kasturi - diperah untuk ambil airnya sahaja
1 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air panas

Kekdahnya
Tumbukkan 2 biji cili merah bersama belacan
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau rata.
Perlu balance masam, manis dan pedas.

Kalau suka, boleh je masukkan cili padi untuk lebih kick.

Kredit : e-tho-anoi

RESIPI LAKSA JOHOR

                

Bahan-bahan
Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan(dicampurkan dengan sedikit santan cair)

Bahan-bahan yang perlu dikisar halus
15 ulas bawang merah
5 ulas bawah putih
3 inci lengkuas

Bahan-bahan yang perlu dikisar (A)
3 batang serai
300 gm udang kering

Bahan yang perlu dibakar dan dikisar (B)
150 gm ikan kurau kering

Bahan (C)
Kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa

Cara menyediakan
• Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
• Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
• Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
• Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap

Untuk Ulam
Taugeh
Daun kesom & daun selasih
Lobak asin
Sambal belacan
Timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus (bukan seperti buat laksa asam)
Limau kasturi

Kredit : Puspanita@JPN

RESIPI GULAI KERISIK TONGKOL


Bahan-bahan untuk ikan
1 ekor ikan tongkol (kira-kira 600 gram)
1 keping asam gelugur
2 cm x 2 cm halia, dikupas dan ditumbuk kasar-kasar
3 ulas bawang merah, dikupas dan ditumbuk kasar-kasar
1 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk kasar-kasar
Air untuk merebus ikan

Bahan-bahan untuk lauk
2 biji bawang besar, dikupas dan dihiris
3 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris
2 cm x 2 cm lengkuas, dikupas dan dihiris
2 cm x 2 cm halia, dikupas dan dihiris
2 cm x 2 cm kunyit, dikupas dan dihiris
15 tangkai cili kering, direndam dalam air panas sehingga lembut dan dituskan
125 ml air
75 ml minyak masak
1 batang serai, dititik
2 sudu besar ketumbar serbuk
½ sudu teh jintan putih serbuk
60 ml air
1 biji kelapa parut, diramas dengan 700 ml air dan diperah santannya
2 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugur
2 tangkai cili hijau, dibelah dua
2 tangkai cili merah, dibelah dua
1 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa

Cara menyediakan ikan

1. Siang ikan dan potong ikut suka. Cuci dengan air bergaram dan tuskan.

2. Bubuh ikan, asam gelugur dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Masukkan air sekadar cukup menenggelamkan ikan.

3. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih. Kecilkan api dan renihkan selama 5 minit. Angkat ikan dan tuskan. Buang air rebusan.

Cara memasak lauk

1. Bubuh bawang besar, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit, cili kering dan 125 ml air ke dalam jag mesin pengisar. Kisar sehingga halus dan pekat. Tambah sedikit air jika perlu untuk menggerakkan mesin. Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk.

2. Panaskan minyak masak di dalam periuk di atas api sederhana. Tumis bahan kisar dan serai selama 3 minit. Masukkan ketumbar dan jintan putih serbuk bersama 60 ml air dan kacau hingga pecah minyak dan naik baunya (kira-kira 15 minit).

3. Masukkan santan, kerisik dan asam gelugur. Kacau rata-rata dan masak sehingga mendidih. Kecilkan api dan tambah ikan yang sudah direbus bersama cili merah dan hijau. Didihkan lagi, masukkan gula pasir dan perasakan dengan garam. Padamkan api.

4. Hidang lauk dengan nasi putih atau nasi lemak.


Kredit : Beritaharian.sg

RESIPI WAJIK KERISIK


Bahan 
250 g pulut
gula merah
santan
daun pandan
kerisik


Cara 
  1. Bersihkan pulut kemudian toskan hingga kering. Kemundian sangai atau goreng tanpa minyak hingga pulut tu bertukar warna keperangan. Tunggu sejuk, kisar pulut td tp jgn halus sangat.ketepikan dulu.
  2. Masak gula merah/kabung hingga gula larut, masukkan santan dan simpulan daun pandan. Masak hingga gula dan santan ni pekat dan 'tua'.
  3. Asingkan 2 sudu besar pulut kisar ni dan masukkan pula pulut yg selebihnya, kacau, dan akhir sekali masukkan kerisik. Sentiasa kacau dgn api perlahan. Aku x kacau lama sgt pun, x larat, lg pun buat sikit utk sekali makan je. Kalau buat byk n niat nk simpan lama kena kacau lama sikit supaya kuih ni tahan lama.
  4. Pulut yg kita asing td tu tabur kt atas wajik kerisik kita sbg hiasan..aku ikut je..org tua2 dulu buat.
Kredit : Not My Recipe


RESIPI SAMBAL UDANG KERISIK


Bahan-bahannya
½ kg. udang (saiz xl atau xxl) - dipotong kepala dan ekornya
*1 sudu besar serbuk cili
*1 sudu besar sos tiram
*1 susu besar kicap manis
*1 sudu besar gula perang
1 – 2 biji bawang besar – dipotong bulat
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan perapan udang*
Bahan-bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
1 biji bawang besar – dihiris
1 batang serai dititik
2 tangkai daun kari - dilurut daunnya

Bahan-bahan dikisar
3 senduk nasi cili kering yang telah dikisar
1 biji bawang besar saiz besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya.

Cara-cara Memasak
1.  Gaulkan udang dengan serbuk cili, kicap manis, gula perang, dan sos tiram. Perapkan selama ½ jam. Kemudian digoreng sehingga 1/2 masak.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan tumis (kulit kayu manis, serai, hirisan bawang besar, dan daun kari). Tumis sehingga naik bau dan bawang kekuningan.

3. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi dan kacau rata. Gunakan api sederhana dan masak sehingga terbit minyak/cili garing.

4. Selepas cili garing, tambahkan 2 cawan air. Perasakan dengan garam dan gula putih. Masak sehingga kuah mendidih.

5. Kemudian bolehlah dimasukkan udang yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Masukkan kerisik dan masak lagi di atas dapur sehingga bergaul rata.


6. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau rata, dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit : Sajian Dapur Bonda